Anda di sini

Tiada sekatan jalan raya semasa Aidilfitri ini, elak kesesakan trafik

Advertisement
Mohd Azman (tengah) menyampaikan Sumbangan Kuih Raya kepada salah seorang wakil ketua jabatan di IPD Padawan, di sini semalam.
Mohd Azman (tengah) menyampaikan sumbangan kuih Raya kepada salah seorang petugas barisan hadapan di IPD Padawan, di sini semalam.

KUCHING: Polis tidak akan menjalankan sebarang sekatan jalan raya sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. 

Beliau menjelaskan sekatan jalan raya hanya akan menimbulkan kesesakan trafik pada musim perayaan.

"Kita akan adakan rondaan seperti biasa, kita akan tambahkan lagi rondaan.

"Walau bagaimanapun, kita tambah rondaan di kawasan perumahan dan bandar," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi dan majlis berbuka puasa di IPD Padawan, di sini malam Ahad.

Justeru, beliau mengingatkan mereka yang ingin pulang ke kampung halaman untuk memaklumkan kepada balai polis berhampiran agar rondaan kerap dapat dijalankan.

Tambahnya, kerahan rondaan akan dijalankan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Motosikal (URB).

Pada masa yang sama, Mohd Azman menambah hanya 10 peratus bagi pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak yang akan dibenarkan bercuti pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, jika terdapat kecemasan perkara tersebut (cuti) akan dipertimbangkan semula.

Turut hadir bersama beliau adalah, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, Ketua Jabatan Polis Kontinjen Sarawak dan Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.
 

  • oleh
  • Advertisement