Anda di sini

Lelaki ditangkap disyaki raba dada wanita, remaja 

Advertisement
Suspek diberkas polis kerana disyaki terlibat kes cabul dan amang seksual fizikal.
Suspek diberkas polis kerana disyaki terlibat kes cabul dan amang seksual fizikal.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat kes cabul dan amang seksual fizikal di sekitar kawasan Semariang dan Jalan Matang/Depo diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 16 April lalu.

Menurutnya, suspek disyaki mencabul dua mangsa berlainan di kawasan Semariang Batu pada 12 April lalu.

"Suspek dilaporkan mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap seorang remaja sekolah berumur 16 tahun dengan meraba bahagian dada mangsa tersebut," katanya dalam kenyataan Ahad.

Ahsmon berkata, kejadian mengenai perkara itu dikatakan berlaku pada 15 April ketika mangsa baru balik dari sekolah dan sedang berjalan kaki seorang diri menuju ke rumahnya di Jalan Matang/Depo link. 

Katanya, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh suspek berpura-pura hendak bertanyakan sesuatu. 

"Suspek bagaimanapun bertindak meraba bahagian dada mangsa sebelum melarikan diri.

"Sehubungan itu, menerusi tangkapan suspek itu, polis berjaya menyelesaikan tiga kes cabul dan amang seksual fizikal yang dilaporkan berlaku di Kuching.

"Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan selanjutnya," katanya lagi.

Tambahnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan denda jika sabit kesalahan boleh dihukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Menurutnya lagi, permohonan reman ke atas suspek telah diluluskan oleh Majistret Kuching selama empat hari mulai 18 hingga 21 April. 
 

  • oleh
  • Advertisement