Anda di sini

KPPK bantu lonjak industri perkayuan Sarawak

Advertisement

Sarawak mempunyai Unit Pengurusan Ladang Hutan terbanyak dan terbesar di Malaysia

Willie (tiga kanan), Sanjay (dua kanan) serta rombongan semasa lawatan dan mendengar penerangan tentang pengurusan di Ladang Hutan Samarakan Bintulu.
Willie (tiga kanan), Sanjay (dua kanan) serta rombongan semasa lawatan dan mendengar penerangan tentang pengurusan di Ladang Hutan Samarakan Bintulu.

BINTULU: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)  mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak serta pemegang taruh industri perkayuan di Sarawak dalam usaha melonjakkan industri itu ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menterinya Datuk Willie Mongin berkata, Sarawak mempunyai Unit Pengurusan Ladang Hutan (FPMU) terbanyak dan terbesar di Malaysia.

Willie berkata, keseluruhan 1.178 juta hektar kawasan hutan di Sarawak dipersijilkan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) merangkumi enam FPMU dan 11 unit pengurusan hutan asli (FMU). 

"KPPK menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak menetapkan pemegang lesen kayu pada jangka masa panjang mendapatkan Pensijilan Pengurusan Hutan menjelang tahun ini. 

“Ini merupakan satu inisiatif yang baik," katanya pada sidang media di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, KPPK melalui Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) mempromosi dan memperkukuh pelaksanaan pensijilan kayu dan produk kayu bagi meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa menerusi MTCS yang diiktiraf oleh Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC).

Katanya, lawatan kerja ke Ladang Hutan Samarakan Bintulu anjuran Jabatan Hutan Sarawak (JHS) serta sesi libat urus industri perkayuan adalah bagi meninjau perkembangan terkini pembangunan ladang hutan serta Pengurusan Hutan Mampan (SFM) di Malaysia terutama di Sarawak. 

"Lawatan itu turut disertai Kaunselor (Pertanian) Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Sanjay Boothalingam, rombongan wakil-wakil Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)," jelasnya.

Selain itu, ia bagi mengukuhkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta pemegang taruh industry perkayuan di Sarawak.

Pada sama sama, Willie dan rombongan turut melawat syarikat industri perkayuan di Kidurong semalam. 

  • oleh
  • Advertisement