Anda di sini

Kes Eric: Pengasuh dan suami didakwa membunuh

Advertisement

KUCHING: Pengasuh kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang baru-baru ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Wendy Chai Xue Zhen, 36, dan Ling Kok Liang, 51.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati.

Pengasuh Eric, Wendy Chai Xue Zhen dan suaminya Ling Kok Liang didakwa atas kesalahan membunuh di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.
Pengasuh Eric, Wendy Chai Xue Zhen dan suaminya Ling Kok Liang didakwa atas kesalahan membunuh di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-duanya dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Eric.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka secara bersama antara 4 Mac lalu sekitar jam 5 petang dan 7 Mac lalu, sekitar jam 9.15 pagi di sebuah rumah di Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa.

Timbalan Pendakwa Tan Chuan Yi memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia dan perubatan mangsa.

Majistret Zaiton Anuar membenarkan permohonan itu dan menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala kedua-dua tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu tarikh tersebut.

Dalam pada itu, Eric sebelum ini dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu semasa dijaga oleh pengasuhnya di sebuah kawasan perumahan di Bintawa.

Operasi pencarian Eric di sekitar perairan sungai Muara Tebas di sini sejak 13 Mac lalu dihentikan pada jam 6 petang, 19 Mac lalu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu sidang media memberitahu kedua-dua tertuduh juga memilki lima waran tangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seorang daripada suspek juga dituduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan.

  • oleh
  • Advertisement