Anda di sini

HONOR X9/X8/X7 dilancarkan dengan waranti EKSKLUSIF - menunjukkan keyakinannya pada kualiti premium

Advertisement

HONOR mengotakan janjinya untuk membuatkan rakyat Malaysia terpukau dengan slogannya "Ready to Go Beyond", dengan melancarkan lima produk serentak, iaitu iaitu HONOR X9 5G, HONOR X9, HONOR X8, dan HONOR X7 yang berkualiti premium. Selain daripada telefon pintar, HONOR juga membawakan komputer riba kompak berkuasa kepada pengguna Malaysia, HONOR MagicBook 16.

Kesemua model siri HONOR X dilengkapi Android 11 dengan Google Mobile Services (GMS), serta didatangi dengan lanjutan tempoh jaminan 1 tahun dan perlindungan skrin retak selama 6 bulan bagi pembelian dibuat semasa tempoh pra tempahan. HONOR Malaysia juga janji pelanggan boleh menebus lanjutan tempoh jaminan 1 tahun sebelum hujung bulan Jun, tawaran ini membuktikan keyakinan HONOR terhadap kualitinya, seiring dengan slogannya "Lagi Tahan Lagi Best".

Siri HONOR X - Kualiti yang menambat keyakinan pasaran

Pelancaran ini menunjukkan keyakinan HONOR menguasai pasaran dengan kuali siri HONOR X, ditunjukkan sekali dengan ujian kejatuhan HONOR X9 5G dari tempat setinggi 1 meter. HONOR X9 diuji dan lulus dengan cemerlang dengan kadar penuaan hanya 3.8% selepas penggunaan selama 3 tahun. Diuji dalam tempoh 36 bulan, ia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda lembab sekaligus memberi jaminan kualiti terbaik kepada pengguna.

Dengan 600 standard kualiti berbeza meliputi setiap aspek reka bentuk, pembangunan, bahan-bahan, pengilangan dan kualiti lain, HONOR menjangkakan standard yang harus dicapai perlu selari dengan pengalaman pengguna. Pengguna boleh lebih yakin dengan ujian HONOR Lab yang dilakukan melalui beberapa ujian seperti ujian tekanan ringan sebanyak 2,000 kali, ujian sesentuh pad 800,000 kali dan Ujian Tahan Karat Dengan Semburan Garam Berterusan 24 jam - semuanya demi memastikan setiap satunya lulus cabaran pengeluaran.

HONOR mengesetkan satu tanda aras baru teknologi estetik dan kualiti premium

HONOR mengambil pendekatan serius dalam soal kualiti, menetapkan standard tinggi untuk menghasilkan HONOR X9, HONOR X8, HONOR X7 dan HONOR MagicBook 16 dengan harga berpatutan. Cita-cita HONOR melangkah lebih jauh dengan pelancaran siri HONOR Magic4 baru-baru ini di MWC 2022, ia telah dianugerahkan sebagai salah satu Telefon Pintar Android Mampu Milik Terbaik dan jualannya sangat laris di China. HONOR Malaysia pada awalnya mengesahkan model ini akan tiba di negara ini dalam masa terdekat.

Siri HONOR X kini Kembali ke Malaysia selepas 2 tahun, cabaran untuk mengejar kualiti kini bukan sesuatu yang asing, memberi HONOR keupayaan menyesuaikan diri dan kekuatan dalam teknologi canggih. Ganjaran terbaik semestinya hasil maklum balas pengguna demi permintaan berkualiti tinggi dalam Siri X yang hebat sama seperti telefon tahap flagship.

HONOR sentiasa mengambil kira "pendekatan dua roda" yang seimbang untuk kekal memihak kepada pengguna. Satu roda untuk memahami trend dan memerhati maklum balas pengguna, manakala satu lagi roda untuk mengutamakan keperluan pengguna sambil berintegrasi dengan teknologi tercanggih.

Pra-tempah sekarang untuk merebut hadiah percuma bernilai sehingga RM1,585

HONOR X9 5G, HONOR X8 dan HONOR MagicBook 16 kini dibuka untuk pra tempahan, pembeli yang membuat pra tempahan HONOR X9 5G akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM516, sementara HONOR MagicBook 16 pula menawarkan hadiah percuma sehingga Rm1,585. Selain itu, HONOR MagicBook 16 juga tersedia dengan pelan ansuran 0% selama 24 bulan, nikmatilah kuasa kompak dengan hanya serendah RM5.88 sehari.

Akhir sekali, pembelian HONOR X9 dan HONOR X7 boleh didapati bermula 14 April, pembelian sebelum hujung bulan Jun boleh menikmati lanjutan tempoh jaminan 1 tahun bernilai sehingga RM109.

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman rasmi HONOR: https://bit.ly/HONORXUtusanBorneo

Advertisement