Anda di sini

PUNB bantu usahawan serbuk minuman 'Oh Aromah!' tingkat pendapatan

Advertisement
Norasikin menununjukkan beberapa produk yang dihasilkan oleh syarikatnya.
Norasikin menununjukkan beberapa produk yang dihasilkan oleh syarikatnya.

BERMODALKAN RM300, seorang usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menerusi jualan serbuk minuman kini mampu meraih hasil yang lumayan sekali gus menjadikan ia popular dalam kalangan masyarakat.

Ini kerana, serbuk minuman yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Hazizi Halena,35, dan Norasikin Rambli, 37, menerusi HN Varitas Company ini mempunyai cita rasa tersendiri.

Ia antara usaha pasangan tersebut kerana pada awal perniagaan sukar untuk mereka mendapatkan bekalan (serbuk) berkenaan. 

Sejak bermula di Saratok dahulu, mereka menggunakan produk yang dibeli dengan orang lain.

Menurut Norasikin, apabila cuba membuat produk sendiri, sambutan agak kurang memuaskan dan mungkin ada masalah yang berlaku dalam menghasilkan produk tersebut.

Jelasnya, untuk menghasilkan produk itu, ia turut mengambil masa bertahun-tahun sejak 2010 hingga 2016. Pada 2016 mengikut formula buatan yang betul, ia sedikit sebanyak membuahkan hasil terhadap produk yang dihasilkan sendiri itu. 

Antara produk yang terdiri daripada serbuk dan cecair untuk membuat minuman.
Antara produk yang terdiri daripada serbuk dan cecair untuk membuat minuman.

Beliau yang berasal dari Kuching itu berkata, pada 2016 itu juga merupakan titik permulaan membantu orang yang meniaga penjual minuman.

"Jualan sehari boleh mencecah 50 hingga 100 kilo dan dianggarkan boleh mencapai RM30,000 pendapatan sebulan.

"Selain itu, permintaan tertinggi bagi produk itu untuk satu hari ialah pada masa puasa dan sekiranya ada majlis keramaian yang dilaksanakan," katanya ditemui media pada Jumaat.

Produk yang mendapat permintaan tinggi setakat ini ialah perisa siri coklat dan siri coffee (kopi).

Pengeluaran produk berkenaan dilakukan di Kuching di alamat Tingkat Bawah, Lot 3535, Taman Sourbaya Indah, Blok 18 Jalan Bako, Kuching, Sarawak.

Sebagai permulaan, Norasikin yang sebelum ini pernah menjadi guru sandaran dan 'freelancer trainer' mendedahkan terdapat enam perisa sahaja iaitu coklat, coklat oreo, cappucino, mocha, latte dan vanila. 

Bagaimanapun, kini terdapat lebih 40 pilihan perisa telah dihasilkan. 

Pakej 'Nang Kaw' yang ditawarkan kepada usahawan yang ingin meniaga selain dapat membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan.
Pakej 'Nang Kaw' yang ditawarkan kepada usahawan yang ingin meniaga selain dapat membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan.

"Sekiranya ada sesebuah syarikat yang inginkan brand atau jenama sendiri, kami boleh membuat serbuk mengikut cita rasa masing-masing. 

"Contohnya perisa teh tarik, tapi syarikat itu tidak mahu rasanya seperti ini namun kita boleh ubah dan buat mengikut permintaan yang telah ditetapkan," ujarnya. 

Selain itu, HN Varitas Company juga turut menyediakan pakej 'air balang Nang Kaw' yang terdiri daripada perisa coklat dan kopi khasnya untuk golongan usahawan muda yang ingin berkecimpung selain membantu mereka dalam dunia perniagaan. 

"Dalam pakej itu, pelbagai bahan akan disediakan iaitu serbuk minuman, bunting (gegantung) dan sticker yang berjumlah RM180," katanya sambil menambah, mereka juga boleh menyediakan balang air.

Usahawan bagi rakan niaga 'Nang Kaw' itu kini berada di Kuching, Buntulu, Sarikei dan juga akan dilakukan di Daro dan Matu.

"Kita juga akan mendedahkan dan memberi tunjuk ajar mengenai sukatan yang sesuai bagi menyediakan minuman berkenaan," jelasnya lagi.

Bagi peniaga kecil yang menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa, mereka selalunya fokus terhadap apa yang mereka usahakan (meniaga). 

"Penglibatan mereka secara sepenuh masa ini turut mendapat perhatian apabila menyediakan diskaun sekiranya mereka membeli 15 kilo serbuk minuman. 

"Selain itu, kita juga sediakan serbuk seberat setengah kilo bagi mereka yang masih belum mampu atau mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan," katanya. 

Mereka yang meniaga mampu meraih keuntunggan kasar sehingga RM150 hingga RM200 untuk satu balang air yang dihasilkan menerusi satu kilo serbuk.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea membuat produk sendiri, beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Dalam Sains Pembelajaran di Universiti Malaysia Sarawak itu berkata pada 2010, sukar bagi Norasikin untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal serbuk minuman di Sarawak di mana pada ketika itu mereka terpaksa berulang-alik ke Sibu, untuk mendapatkan stok daripada stokis produk dari Semenanjung. 

Justeru, disebabkan situasi berkenaan tercetuslah idea untuk menghasilkan produk sendiri supaya bekalan itu sentiasa ada sekali gus dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. 

Selain itu, setiap yang berniaga pasti merasai cabaran dan kenangan pahit semasa urusan berkenaan, jelasnya pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan pada Mac 2020, ia antara cabaran berat bagi pasangan suami isteri itu dalam dunia perniagaan. 

"Pada masa itu, kami lebih memastikan usaha untuk meneruskan perniagaan ini sentiasa berjalan dan seimbang. 

Penduduk di sekitar Kuching boleh mendapatkan produk serbuk dan cecair minuman di alamat tingkat bawah, Lot 3535, Taman Sourbaya Indah, Blok 18 Jalan Bako, Kuching Sarawak.
Penduduk di sekitar Kuching boleh mendapatkan produk serbuk dan cecair minuman di alamat tingkat bawah, Lot 3535, Taman Sourbaya Indah, Blok 18 Jalan Bako, Kuching Sarawak.

"Ini kerana kebanyakan pembeli produk kami ialah peniaga, sekiranya peniaga itu tidak meneruskan urusannya (meniaga), ini bermakna perniagaan kami turut terjejas.

"Bagi menyelesaikan masalah itu kami menyediakan produk serbuk minuman dengan bungkusan kecil terdiri daripada pakej tiga dalam satu yang boleh dijual kepada individu lain selain peniaga.

"Kami juga mempelbagaikan produk iaitu menerusi cecair selain hanya menyediakan serbuk sahaja," tambahnya.

Dalam situasi ini juga, PUNB sangat membantu dalam urusan perniagaan ini selain dapat menyediakan modal untuk mengembangkan perniagaan seperti menambah stok sekali gus dapat beroperasi dengan baik. 

"Bagi saya, seorang usahawan ini sekiranya ada duit, operasi (meniaga) itu dapat berjalan dan semasa PKP juga, PUNB turut menawarkan moratorium kepada mereka dan sehingga hari ini tiada masalah dalam urusan tersebut. 

Dalam pada itu, berhubung rahsia kejayaan, beliau berkata antaranya ialah sentiasa konsisten walaupun banyak atau sedikit namun ia sentiasa perlu konsisten. 

"Selain itu, sekiranya berniaga ini saya selalu fikir sejauh mana perniagaan ini mampu memanfaatkan orang lain dan kita perlu mempertahankan perniagaan ini yang mempu menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain," katanya lagi. 

Sementara itu, perancangan untuk masa depan beliau dalam dunia perniagaan ialah merancang untuk ada kilang sendiri dan menyediakan pelbagai perisa dengan mempelbagaikan produk dan seterusnya dijual di seluruh Malaysia. 

"Setakat ini kita jual di Sabah dan Sarawak dan kita juga ada perancangan untuk jual di negara Brunei namun disebabkan sempadan masih ditutup ia masih lagi tidak dapat dilaksanakan," katanya. 

Jualan dalam aplikasi Shoppe juga mendapat sambutan ramai walaupun ada pembeli yang dari Kuching dan kaedah itu dilakukan untuk memudahkan pembeli mencari dan membuat pilihan untuk membeli produk berkenaan. 

Mengenai saingan dengan produk lain, Norasikin menyatakan saingan dengan produk luar itu memang ada namun ia perlu diraikan atas usaha orang lain yang bertungkus lumus menyediakan produk masing-masing. 

Dalam masa yang sama, jelasnya, HN Varitas Company turut memberi peluang dan ruang kepada pelajar yang ingin mencari tempat latihan praktikal, HN Varitas Company turut mengalu-alukan mereka untuk belajar kaedah berkaitan dengan perniagaan. 

Sebarang maklumat berkaitan syarikat itu boleh menghubungi 012-8563043 atau layari Facebook Oh Aromah- Ice Blended & Bubble Tea Supplier Sarawak. 
 

  • oleh
  • Advertisement