Anda di sini

Pintu sempadan di Bahagian Limbang akan turut dibuka pada 1 April: Hasbi

Advertisement
Hasbi (depan tujuh kiri) dan tetamu lain bergambar bersama peserta Program K-Komuniti Literasi Kewangan Komuniti di Dewan KEMAS, Limbang hari ini.
Hasbi (depan tujuh kiri) dan tetamu lain bergambar bersama peserta Program K-Komuniti Literasi Kewangan Komuniti di Dewan KEMAS, Limbang hari ini.

LIMBANG: Pintu sempadan di Bahagian Limbang di utara negeri ini akan dibuka sejajar dengan pengumuman kerajaan untuk membuka semula sempadan di negara bermula 1 April.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata, pembukaan pintu sempadan dibuat susulan negara bakal  memasuki fasa peralihan ke endemik dengan banyak syarat dilonggarkan.

“Untuk Limbang dan Lawas bersempadan dengan negara jiran, terpulang kepada negara jiran, kita akan membuka pintu sempadan, negara jiran itu kita tengok bagaimana, adakan mereka akan membuka pintu sempadan seperti kita (Malaysia) atau memberi kelonggaran.

“Kita faham kerajaan Malaysia ada berbincang dengan negara jiran (Brunei) tentang kekerapan, bayaran keluar masuk, sempadan dan sebagainya, tetapi kita menghormati negara lain yang ingin menjaga negara dan undang-undangnya,” katanya ketika ditemui media selepas Program K-Komuniti Literasi Kewangan Komuniti di Dewan KEMAS di sini, hari ini.

Turut hadir ialah wakil Residen Limbang Aspalela Mohamad Sahmoni, Pegawai Eksekutif Pentadbiran KEMAS Limbang Nur Azeera Hashim dan jemputan lain.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, beliau berharap negara jiran juga akan mengikut jejak langkah Malaysia untuk membuka pintu sempadan pada 1 April nanti.

“Harapan kita, Malaysia buka sempadan dan mereka membuka sempadan, kalau bolehlah.. mereka juga membuka (sempadan), baru ada maknanya.

“Kita tunggu 1 April nanti mungkin negara jiran mengambil langkah yang sama seperti yang hendak kita buat,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, ada perbincangan dibuat supaya pembukaan sempadan antara Sabah dan Sarawak dapat kembali kepada tempoh  masa asal yang beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sebelum pandemik COVID-29.

Bagaimanapun ketika musim COVID-19, operasi di pintu sempadan dipendekkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang. 

Sementara itu katanya, isu penambahan kekerapan penerbangan di bahgian ini termasuk dari Limbang ke Miri atau Limbang ke Kuching terutama ketika musim perayaan Hari Raya dan hari biasa akan disuarakan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Timbalan Menterinya Datuk Henry Dum Agong.

“Saya kerap menerima aduan jadual penerbangan dari Limbang ke Miri atau Limbang ke Kuching sentiasa penuh ditambah pula jika cuaca tidak mengizinkan.

“Perkara ini diambil maklum dan akan disuarakan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong agar menambah kekerapan penerbangan musim perayaan Hari Raya dan hari biasa selain isu tambang,” ujarnya lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement