Anda di sini

Dari hobi, Steward kini miliki hampir 30 koleksi bonsai kelapa untuk dijual

Advertisement

KUCHING: Bermula sekadar meluangkan masa untuk mencuba hobi baharu yang jarang dilakukan oleh orang lain, Steward Anyum Joseph Juning, 49, kini mempunyai hampir 30 koleksi bonsai kelapa untuk dijual.

Ketika ditemui Utusan Borneo di Ekspo Gardenscapes 2022 di CityOne Mall hari ini, Steward berkata, beliau baru saja berjinak-jinak dan memulakan hobi itu sejak April 2021.

"Kebetulan pada masa itu, seluruh negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya kena bekerja dari rumah dan selepas selesai kerja, saya habiskan masa dengan memanjakan bonsai kelapa ini," katanya.

Steward menunjukkan bonsai kelapa kegemaran beliau. bonsai kelapa yang dijual di Gardenscapes 2022 di CityOne Mall sehingga 27 Mac ini.
Steward menunjukkan bonsai kelapa kegemaran beliau. Gardenscapes 2022 di CityOne Mall sehingga 27 Mac ini.

Bercerita lanjut, Steward berkata beliau pada mulanya pernah ke sebuah kediaman di sebuah kampung atas dasar bekerja, kemudian ternampak pemiliknya membuat bonsai kelapa namun tidak menjualnya.

“Mulai saat itu, saya cuba untuk membuatnya sendiri. Timbul idea selepas buat banyak-banyak untuk dijual pula bagi menambah sumber pendapatan,” katanya yang juga merupakan seorang penjawat awam.

Menurutnya lagi, penjagaan bonsai kelapa amat rumit walaupun tidak memakan kos yang tinggi.

"Apa yang perlu dipotong, saya akan potong, apa yang perlu dibuang, saya akan buang. Ia memakan masa berbulan-bulan," tambahnya.

Beliau akan berada di ekspo Gardenscapes Sarawak 2022 di CityOne Mall sehingga 27 Mac ini dan harga bonsai kelapanya dijual bermula pada harga RM100 ke atas.

  • oleh
  • Advertisement