Anda di sini

Tune Hotel tawar pakej menarik sempena pembukaan sempadan, kempen ' Travel Malaysia'

Advertisement
 Antara bilik yang disediakan di Tune Hotel KLIA2.
SELESA: Antara bilik yang disediakan di Tune Hotel KLIA2.



SEPANG: Seiring dengan pembukaan sempadan negara bermula April ini, Tune Hotels menawarkan tempat penginapan pada kadar yang berpatutan tanpa mengabaikan aspek keselesaan serta keperluan pelancong.


Saat yang dinanti-nanti oleh pelancong luar negara untuk datang ke Malaysia hampir tiba dan Tune Hotels bersedia mengalu-alukan kedatangan pelawat antarabangsa, menjelang pembukaan sempadan ini.


Dengan lapan cawangan di seluruh Malaysia, Tune Hotels menawarkan pakej harga bilik serendah RM65 menjadikannya hotel yang sempurna untuk pelancong yang mencari tempat penginapan yang selesa sepanjang percutian mereka.

 Tune Hotel KLIA2 yang terletak bersebelahan dengan KLIA2 memudahkan pelancong beristirehat sebelum meneruskan penerbangan seterrusnya.
DEKAT: Tune Hotel KLIA2 yang terletak bersebelahan dengan KLIA2 memudahkan pelancong beristirehat sebelum meneruskan penerbangan seterrusnya.


"Tune Hotels memberikan tawaran dan penjimatan hebat tanpa mengabaikan keperluan dan keselesaan pelancong dan pakej ini disediakan secara eksklusif yang boleh didapati di laman web Tunehotels.com sahaja.


"Pakej ini menawarkan harga bilik serendah RM65 menjadikannya hotel yang sempurna untuk pelancong yang mencari tempat penginapan yang selesa sepanjang percutian mereka.


"Tune Hotels merupakan pilihan terbaik tidak kira sama ada bagi mereka yang datang melancong untuk membeli-belah, perniagaan mahupun rekreasi.


"Sempena dengan pelancaran kempen 'Travel Malaysia' baru-baru ini, pelancong domestik juga boleh menikmati pakej yang ditawarkan untuk bercuti 'Cuti-Cuti Malaysia' pada kadar yang berpatutan dan terjamin, " katanya dalam satu kenyataan.

 Ruang terbuka ditengah-tengah Tune Hotel KLIA2.
 SELESA: Ruang terbuka ditengah-tengah Tune Hotel KLIA2.


Tune Hotels yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan asas, terletak di lokasi strategik di pusat bandar di seluruh Malaysia merupakan hotel yang ideal untuk menginap bagi semua pelancong.


"Dari utara ke selatan, para pelancong boleh menikmati makanan yang enak dan mudah didapati oleh kerana lokasi Tune Hotel George Town Penang yang strategik. Manakala, para pelancong di Tune Hotel Waterfront Kuching pula boleh menikmati pusat beli belah yang terdekat dan juga pusat hiburan malam yang terletak di pusat bandar.


"Tune Hotel 1Borneo Kota Kinabalu juga terletak berhampiran dengan pusat beli belah yang terbesar iaitu 1Borneo Mall. Kempen ini juga akan ditawarkan kepada pelancong luar negara supaya mereka dapat menikmati nilai terbaik ini ketika tempoh percutian mereka.


"Para pelancong tidak perlu risau kerana pakej ini membenarkan para pelancong membuat bayaran setibanya di hotel, membuat pembatalan secara percuma dan yang paling penting, daftar masuk dan daftar keluar mengikut kesesuaian masa, " menurut kenyataan itu.


Para pelancong yang ingin tempat beristirehat sementara menunggu penerbangan mereka yang seterusnya boleh menginap di Tune Hotel KLIA2, yang telah menerima anugerah Hotel Airport Terbaik di Asia 2019 dan 2020.

 Restoran MAKAN di Tune Hotel KLIA2 menyediakan pelbagai jenis menu untuk tetamu yang menginap disitu.
CANTIK: Restoran MAKAN di Tune Hotel KLIA2 menyediakan pelbagai jenis menu untuk tetamu yang menginap disitu.


"Pelbagai pakej menarik ditawarkan seperti penggunaan bilik seharian dan juga semalaman untuk memenuhi keperluan semua jenis pelancong. Mereka yang ingin menjamu selera dijemput ke restoran MAKAN untuk bersantai di ruang yang lapang sambil menyegarkan diri selepas penerbangan yang panjang.


"MINUM merupakan bar di Tune Hotel KLIA2 dengan rekaan yang mengimbas kembali zaman nostalgia kedai kopitiam Malaysia, yang lengkap bersama kerlipan papan tanda neon, meja pool dan kerusi lipat.


"Pada bulan April ini, MAKAN menawarkan menu istimewa sepanjang bulan Ramadhan bertema 'Warisan Kampung', dengan harga set menu yang bermula dari RM50 seorang, pilihan buffet juga boleh disediakan untuk kumpulan yang lebih besar, " katanya dalam kenyataan.


Menu tersebut bermula pada 2 April sehingga 15 May ini menawarkan pelbagai aneka makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan tersayang, dengan konsep Bazar Ramadhan di ruang lapang.


Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut serta promosi semasa, boleh melayari laman Facebook di www.facebook.com/tunehotels dan Instagram di @tunehotels.

  • oleh
  • Advertisement