Anda di sini

Peniaga kedai kereta terpakai dikompaun, gagal pamer harga jualan kenderaan

Advertisement
 Pegawai penguatkuasa KPDNHEP semasa menjalankan pemeriksaan di premis menjual kereta terpakai.
PERIKSA: Pegawai penguatkuasa KPDNHEP semasa menjalankan pemeriksaan di premis menjual kereta terpakai.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap sebuah premis perniagaan yang menjual kereta terpakai di sini.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata pemilik kedai dikenakan tindakan terbabit selepas gagal meletakkan harga jualan seunit kenderaan terpakai yang dipamerkan di premis perniagaan terbabit. 

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai penguatkuasa KPDNHEP Sabah yang menjalankan pemeriksaan mengesan enam unit kereta pelbagai model dan jenama yang dipamerkan untuk dijual di premis ini tidak diletakkan tanda harga.

“Pemilik premis kemudiannya dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000 mengikut Perintah Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan, Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan 2020,” katanya.

Dalam pada itu peniaga dinasihatkan untuk  mematuhi undang-undang yang dikuat kuasakan oleh KPDNHEP dan sentiasa memastikan agar barangan yang dipamerkan untuk dijual di kedai diletakkan tanda harga yang mudah dilihat oleh pelanggan.

  • oleh
  • Advertisement