Anda di sini

Mitsubishi Triton: Trak Pikap Lasak, Selesa Dipandu Setiap Hari

Advertisement

SATU perkara yang perlu kita akui ialah trak pikap tidak lagi dilihat sebagai kenderaan komersial yang digunakan semata-mata untuk mengangkut hasil tanaman dari ladang atau bahan binaan seperti tahun 1980-an.

Kenderaan komersial ringan itu sudah berubah seiring dengan kehendak pasaran dan trend semasa. Pencetus kepada evolusi kegunaan dan karakter trak pikap berlaku disebabkan perubahan citarasa pengguna kini bersikap lebih selektif.

Ramai pengguna mahu trak pikap bersifat versatil untuk keperluan tugasan komersial dan santai serta menawarkan aspek keselesaan bagi pemanduan harian.

Tiga ciri penting itu ada pada trak pikap Mitsubishi Triton. Maka bukan suatu kejutan jika Triton muncul sebagai model pilihan ramai dan semakin popular dalam segmen trak pikap di Malaysia.

Meskipun menawarkan aspek keselesaan tinggi, Triton masih meneruskan legasi sejak 40 tahun lalu dengan bersifat lasak dan memiliki daya tahan tinggi untuk pemanduan di laluan tidak berturap atau off-road.

Tahukah anda, Triton sudah mencatat kejayaan mengharungi cabaran pemanduan off-road terbesar dan paling ekstrem di Asia Tenggara iaitu Borneo Safari?

Populariti Triton yang sarat dengan pelbagai kelebihan dan ciri menarik menyebabkan permintaan terhadap trak pikap itu semakin meningkat. Ini jelas apabila melihat kepada kenaikan volum jualan Triton pada tahun kewangan 2021 iaitu sebanyak 8,022 unit dibawa pulang pemilik baharu.

Jumlah itu mencerminkan kenaikan jualan sebanyak 32 peratus  berbanding prestasi tahun kewangan sebelumnya. Antara varian dalam rangkaian trak pikap Mitsubishi yang paling popular dan mendapat permintaan tinggi ialah Triton VGT AT Premium.

Model Triton VGT AT Premium menjadi pilihan ramai pembeli disebabkan trak pikap itu adalah model yang menawarkan nilai terbaik berdasarkan faktor harga berbanding produk pesaing lain berkapasiti 2.4 liter dalam segmen sama.

Selain faktor berbaloi untuk harga, Triton VGT AT Premium juga hadir dengan ciri-ciri paling komprehensif untuk keperluan pemandu dan penumpang. Berikut ialah lima ciri utama yang ada pada varian berkenaan.

PRESTASI KUASA ENJIN

Triton VGT AT Premium menawarkan output kuasa tertinggi ialah 181PS dengan tork maksimum 430Nm dalam kategori trak pikap sama di pasaran Malaysia.

Kenderaan itu menjana kuasa menggunakan enjin 2.4 liter MIVEC Turbodiesel. Lebih menarik, enjin itu diperbuat berasaskan material aluminium dan merupakan yang pertama ditawarkan ke pasaran.

Blok enjin aluminium menawarkan banyak manfaat termasuk bersifat lebih ringan, mempunyai rintangan terhadap hakisan logam serta membantu pelesapan haba enjin yang lebih baik.

Semua kelebihan itu membolehkan Triton menghasilkan lebih banyak daya tork dan kuasa untuk pengalaman pemanduan yang lebih mudah serta menyeronokkan khususnya semasa mendaki permukaan bukit curam, pecutan untuk memintas kereta dan kenderaan berat seperti lori di jalan-jalan utama.  

Blok enjin berasaskan aluminium turut mengurangkan berat keseluruhan Triton dan membantu trak pikap itu lebih cekap penggunaan bahan api serta menawarkan penjimatan kos perbelanjaan untuk tempoh jangka masa panjang.

Manfaat lain penggunaan blok enjin ringan ialah Triton lebih mudah dikendali pemandu semasa meneroka permukaan bumi mencabar atau memandu di laluan off-road.

PEMANDUAN OFF-ROAD LEBIH MUDAH

Apabila perlu meredah permukaan muka bumi off-road mencabar untuk tujuan komersial, Triton tidak berdepan masalah kerana sudah dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD) Easy Select. Sistem itu akan menambah baik Mod Off-Road untuk memastikan pengalaman pemanduan lebih baik di jalan tidak berturap.

Mod Off-Road menawarkan empat pilihan mod pemanduan iaitu Gravel, Sand, Muddy dan Rock yang akan membantu mengawal kuasa enjin, sistem transmisi dan pembrekan untuk mengatasi kejadian gelinciran roda Triton.

Sistem itu juga membantu pemandu mendapatkan tambahan kawalan cengkaman dan meredah permukaan bumi mencabar dengan lebih mudah serta selamat.

Triton juga satu-satunya trak pikap kelas 2.4L dalam pasaran yang dilengkapi ciri bantuan keselaman Kawalan Turun Bukit (HDC). Ciri ini membolehkan pemandu memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas-tugas pengemudian stereng kenderaan semasa menuruni permukaan muka bumi off-road curam. Caranya ialah HDC akan membantu mengaktifkan fungsi brek secara automatik apabila diperlukan.

SELESA DIPANDU SETIAP HARI

Dari luaran, Triton VGT AT Premium mungkin nampak agak besar dan membuatkan pengguna jalan raya terfikir bahawa trak pikap itu pasti sukar untuk dikendali di kawasan sempit. Persepsi itu tidak tepat jika berada di dalam Triton VGT AT Premium.

Triton sebenarnya memiliki radius pusingan terbaik dalam kelas trak pikap iaitu 5.9 meter dan jarak tersebut adalah sama seperti memandu sebuah kereta sedan biasa.
 
Radius pusingan itu membolehkan Triton lebih mudah dikendali terutamanya di kawasan lot parkir sempit seperti di pusat beli-belah dan bangunan pejabat.

Sebagai tambahan, rekaan J-Line pada Triton membawa kepada tawaran ruang yang lebih selesa dan luas untuk penumpang di kerusi barisan  belakang. Ciri itu amat penting untuk perjalanan jarak jauh dari satu bandar ke bandar lain.

Keselesaan penumpang kerusi belakang VGT AT Premium ditambah baik dengan adanya Penyaman Udara Belakang beserta ventilator berasingan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih nyaman ketika cuaca panas.

Tempat duduk VGT AT Premium dibalut material kulit sintetik premium yang menyerlahkan ciri-ciri kemewahan tetapi juga lebih mudah untuk dibersihkan berbanding penggunaan material fabrik.

Varian itu dilengkapi alat Perakam Video Pemanduan (DVR) yang membolehkan setiap detik perjalanan atau insiden berlaku dirakam semasa pemanduan.

Alat rakaman video itu sudah menjadi satu keperluan hampir semua pengguna jalan raya kerana klip rakaman boleh digunakan sebagai bahan bukti dan rujukan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku semasa pemanduan.

Kabin VGT AT Premium dilengkapi skrin audio sesentuh sebesar 9 inci dengan fungsi sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ini dapat membantu pemandu memberi perhatian sepenuhnya semasa memandu dengan akses navigasi melalui Google Map dan aplikasi Waze selain Spotify sebagai hiburan.

Semua kelebihan yang ditawarkan tersebut meletakkan Triton sebagai sebuah trak pikap yang sesuai untuk kegunaan dan keperluan seisi keluarga.

KETENANGAN JAMINAN

Triton VGT AT Premium ditawarkan dengan tempoh jaminan terbaik untuk siri trak pikap iaitu selama lima tahun atau jarak perbatuan sejauh 200,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).

Jaminan tersebut sudah pastinya memberi kelegaan kepada kumpulan pemandu trak pikap yang lazimnya merekodkan jarak pemanduan tinggi.

Mitsubishi Triton VGT AT Premium ditawarkan pada harga paling kompetitif dalam segmen trak pikap 2.4L Malaysia iaitu RM125,300 untuk Sabah dan RM125,350 di Sarawak. Harga itu ialah harga atas jalan tanpa insurans. Ada dua pilihan warna disediakan iaitu Graphite Gray (kelabu) dan White Diamond (putih).

BOLEH BUAT TEMPAHAN SECARA ONLINE

Pada Mac 2021, Mitsubishi Motors Malaysia ada memperkenalkan satu kaedah interaktif untuk memudahkan pengguna membuat urusan secara atas talian.
 
Dinamakan sebagai Bilik Pameran Online Mitsubishi (Mitsubishi Online Showroom), kemudahan itu membolehkan pengguna menghantar permohonan sesi pandu uji secara atas talian. Malah kenderaan pandu uji juga boleh dihantar terus ke rumah pelanggan untuk tujuan itu.

Pengguna juga boleh membuat tempahan kenderaan Mitsubishi melalui platform sama. Sebaik permohonan diterima, perunding jualan Mitsubishi akan menghubungi pelanggan untuk urusan berkaitan perjanjian pembelian. Pelanggan tidak perlu berkunjung ke premis pengedar atau bilik pameran.

Inisiatif itu adalah satu cara untuk memudahkan urusan pengguna pada masa sama membantu melindungi nyawa mereka ketika Malaysia masih berusaha menangani penularan wabak Covid-19.

Advertisement