Anda di sini

Konsert "Min'Yo": Alena Murang bakal adakan persembahan bersama pemuzik Jepun

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Kerajaan Malaysia tahun ini, akan menganjurkan konsert lagu rakyat Jepun “Min’yo” pada 4 hingga 5 Mac di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac).

Dianjurkan The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), konsert itu bakal menampilkan lima pemuzik Jepun, serta pemain sape terkenal Sarawak, Alena Murang (gambar), sebagai pemuzik jemputan, menurut kenyataan JFKL.

Peminat muzik berpeluang menyaksikan secara langsung kelainan gaya persembahan Min’yo yang biasanya menampilkan persembahan secara tradisional.

Min’yo atau lagu-lagu rakyat, yang secara tradisinya dinyanyikan dalam kalangan penduduk bandar dan teknik nyanyian dikenali “Kobushi”,

“Kebiasaanya persembahan Min’yo terdiri vokal, Shakuhachi (seruling buluh), Shamisen dan Shimedaiko (dram kecil). Tetapi kali ini penonton berpeluang menyaksikan persembahan Wadaiko (dram besar) dan genderang,” menurut kenyataan itu. 

Konsert ini disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Japan Airlines dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia dan The Actors Studio Seni Teater Rakyat.

Antara pemuzik Jepun yang bakal membuat penampilan termasuk Tanaka Shiho, Kato Erina, Tsukuda Koshi, Kato Takuya, Kumagai Daisuke dan Hiranuma Jin’ichi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.jfkl.org.my/events/minyomusicconcert/. - BERNAMA
 

Advertisement