Anda di sini

Abg Jo: Kejayaan GPS bolehkan pelan 'A Greater Miri' diteruskan

Advertisement
 Abang Johari (depan) memberikan salam kepada maskot kuil, Techno San Tai Zi, sambil diiringi oleh (dari kiri) Dr Sim, Lee dan Ling, sebaik tiba untuk merasmikan majlis Malam Perpaduan sempena Tahun Baru Cina 2022 anjuran FCA di Miri malam tadi. 
SALAM: Abang Johari (depan) memberikan salam kepada maskot kuil, Techno San Tai Zi, sambil diiringi oleh (dari kiri) Dr Sim, Lee dan Ling, sebaik tiba untuk merasmikan majlis Malam Perpaduan sempena Tahun Baharu Cina 2022 anjuran FCA di Miri malam tadi. 

MIRI: Kejayaan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) 'menawan' semua kerusi di kawasan Miri pada pilihan raya negeri (PRN) yang lalu, memboleh kerajaan negeri meneruskan pelan pembangunan 'A Greater Miri' yang akan melonjakkan semula ekonomi Sarawak, khasnya Miri. 

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Miri telah dikenal pasti untuk industri utama seperti pelancongan, pertanian, minyak dan gas serta lain-lain.  

Melalui pelan ‘A Greater Miri’, dasar dicadangkan di bawah pelan itu memberi hala tuju yang betul untuk pembangunan masa depan negeri dan kerajaan negeri katanya, tidak sabar untuk melaksanakan pelan pembangunan itu sebagai sebahagian daripada strategi pemulihan ekonomi negeri.

“Di bawah Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19, yang mana kerajaan GPS mempunyai pelan pasaran untuk Sarawak menjelang 2030, saya yakin kita boleh melalui apa yang kita rancang termasuk melaksanakan pelan ‘A Greater Miri. 

"Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 adalah satu inisiatif yang dirangka, selepas pandemik, dengan kerajaan Sarawak akan cuba memulihkan ekonomi melalui pelan-pelan pembangunan baharu (termasuk 'A Greater Miri'),” katanya lagi. 

Sehubungan itu Abang Johari berkata GPS amat berterima kasih kepada pengundi di Miri kerana memberi mandat yang amat kuat untuk kembali memerintah negeri Sarawak dan Miri khasnya, dengan memenangi semua kerusi di bahagian ini pada pilihan raya negeri tahun lepas.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Perpaduan sempena meraikan Tahun Baru Cina 2022, tahun harimau, anjuran Persatuan Cina Bersekutu (FCA) Bahagian Miri di sebuah hotel di sini, malam tadi.

“GPS berjaya mengekalkan seluruh (bahagian) Miri, berkat sokongan dan mandat yang diberikan pengundi," katanya lagi. 

Pada majlis itu, Abang Johari telah disebut sebagai 'Premier' Sarawak, turut bersyukur dan berterima kasih atas sokongan rakyat dengan pengiktirafan itu dan seterusnya menjelaskan bagaimana dilakukan, bertujuan untuk membezakan Sarawak sebagai salah satu rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia.

“Sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia, Sarawak adalah entiti yang berasingan dengan negeri lain, justeru pengisytiharan bagi ketua kerajaan negeri juga perlu berbeza.

“Menamakan semula jawatan Ketua Menteri Sarawak sebagai ‘Premier’ bukan untuk saya. Ini adalah untuk Sarawak dan kerana ia adalah entiti yang berbeza dengan negeri lain, ia harus konsisten dengan Perjanjian Malaysia 1963," jelas beliau. 

Antara yang hadir pada majlis makan malam itu ialah timbalan ketua menteri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian; Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus; Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan II, Dr Ripin Lamat; Ahli Parlimen Miri, Lukanisman Awang Sauni; ADUN Pujut yang juga Datuk Bandar Miri, Adam Yii; Presiden FCA Datuk David Goh dan pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) Ling Chiong Sing. 

Advertisement