Anda di sini

Premier: Najib dan Violet saling berbalas catatan Facebook

Advertisement

KUCHING: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong yang disifatkannya sebagai menyindir penukaran gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier.

Bukan Sarawak sahaja yang menggunakan gelaran ‘Premier’ tetapi menurut Najib “banyak lagi negara dan negeri pun guna gelaran Premier.

Contoh negara dinyatakannya menggunakan gelaran ini ialah Australia dan China. 

Takde isu lain ke, DAP,” soalnya menerusi satu catatan di Facebooknya, hari ini.

Violet memegang kertas tisu jenama Premier ketika berbahas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Violet menerusi Facebooknya memuatnaik gambar menunjukkannya memegang kertas tisu jenama Premier ketika berbahas pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Violet dipetik “Pada pagi ini saya membantu mempromosikan kertas tisu jenama Premier semasa perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022.

“Rang Undang-undang ini diluluskan dan Ketua Menteri Sarawak akan digelar sebagai Premier Sarawak selepas diwartakan.”

Susulan catatan Najib, ADUN daripada DAP itu memuatnaik catatan susulan dengan menyatakan Najib dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai sekutu.

“Askar siber mereka (Najib dan GPS) kini membanjiri catatan Facebook saya,” katanya.

Berita berkaitan

RUU lulus, jawatan Ketua Menteri Sarawak kini digelar ‘Premier

Advertisement