Anda di sini

Program Jom Masuk IPT Zon 3 Sarawak 2022 di BCCK, 19-20 Februari

Advertisement
 Jamil (dua kiri) bersama tetamu UiTM menunjukkan poster Program Jom Masuk IPT Zon 3 Sarawak 2022 yang akan diadakan pada 19 dan 20 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
PROMOSI: Jamil (dua kiri) bersama tetamu UiTM menunjukkan poster Program Jom Masuk IPT Zon 3 Sarawak 2022 yang akan diadakan pada 19 dan 20 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak akan mengadakan Program Jom Masuk IPT Zon 3 Sarawak 2022 yang akan diadakan pada 19 dan 20 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Majlis itu kata Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Dato Dr Jamil Hamali akan dirasmikan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor juga bakal hadir sama, ujarnya.

Calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya akan memperolehi serba sedikit pendedahan dan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT). 

Pelbagai maklumat dan pendedahan akan dikongsikan oleh wakil-wakil IPT yang terbabit seperti Universiti Awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). 

Pelajar boleh berurusan terus dengan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) yang akan menguruskan Sistem UPU dan penganjur program tersebut.

Jom Masuk IPT Zon Sarawak 2022 melibatkan penyertaan sebanyak 21 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sebanyak 24 institusi pengajian tinggi awasta (IPTS) dijangka akan turut serta.

Antaranya, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), UCSI University, Kolej SEGi Sarawak, MAHSA University dan banyak lagi IPTA atau IPTS yang lain. 

Program intersebut juga akan disertai beberapa ILKA, agensi atau kementerian seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Malaysia Qualifications Agency (MQA). 

Program selama dua hari itu akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti Pameran Pendidikan Tinggi, Taklimat Kerjaya & Sesi Interaktif, IPT BUZZ, cabutan bertuah dan banyak lagi. 

Semua calon lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya dijemput mengambil peluang ini bagi mengintai program pengajian yang ditawarkan selain berpeluang menyertai pelbagai aktiviti lain yang turut akan diadakan. 

Sila hubungi pihak penganjur di talian 082-678200, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (HEA) selaku urus setia bagi mendapatkan maklumat lanjut program.

Advertisement