Anda di sini

Peniaga akan didenda jika tetapkan syarat untuk pembelian telur

Advertisement
Stok bekalan telur yang baharu sampai di Mukah.
Stok bekalan telur yang baharu sampai di Mukah.

MUKAH: Peniaga yang menetapkan syarat pembelian, selain pengehadan jumlah pembelian, untuk telur bakal berdepan dengan tindakan.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den berkata, pengehadan pembelian dibolehkan bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan bahan bekalan itu.

"Pihak kami tiada halangan sekiranya supermarket hadkan jualan untuk seorang tetapi kita akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya mereka (peniaga) menetapkan syarat pembelian, contohnya mesti buat pembelian RM100 baharu dapat membeli telur," katanya kepada Utusan Borneo.

Pada masa sama, Salihin turut berharap pengguna untuk tidak membuat pembelian panik kerana bekalan telur ayam akan sentiasa ada dan cukup bagi menampung keperluan di Mukah.

Ia merupakan jaminan daripada pembekal-pembekal utama. 

Orang awam juga katanya tidak perlu terpengaruh dengan isu-isu di tempat lain.

Salihin memberitahu, pihaknya akan sentiasa ada di lapangan bagi memastikan barang keperluan asas mencukupi.

Pada tengah hari Selasa, stok bekalan telur baharu datang di pasar raya-pasar raya utama di Mukah.

Antaranya adalah 101 (350 set),Glory (100 set), Everwin (150 set) dan Pasar raya Gafu (500 set) manakala untuk Medan Mall stok akan tiba pada Khamis (200 set).

  • oleh
  • Advertisement