Anda di sini

Paip pecah dibaik pulih malam ini, isi rumah di Sibu dijangka alami gangguan bekalan air

Advertisement
Kerja baik pulih paip pecah dijadualkan bermula pada jam 8 malam ini.
Kerja baik pulih paip pecah dijadualkan bermula pada jam 8 malam ini.

SIBU: Kira-kira 75 peratus isi rumah, dijangka mengalami gangguan bekalan air, susulan kerja-kerja baik pulih paip keluli 750mm yang pecah akibat tanah mendap di hadapan bangunan Persatuan Foochow Sibu, Jalan Salim di sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Air Sibu (LAS) memaklumkan kerja-kerja baik pulih tersebut dijadualkan bermula jam 8 malam ini dan dijangka mengambil masa 12 jam untuk disiapkan.

“Dalam tempoh ini, tiada bekalan air dari loji rawatan air LAS ke kawasan Durin, bandar Sibu, Teku-Pasai dan Bawang Assan.

"Sebarang kesulitan yang berlaku kepada pelanggan amat dikesali," katanya.

Katanya, LAS akan berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja itu secepat mungkin, tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi LAS di talian 084-216311.

Gambar
Sbw-ub250122-as-isi
Kerja baik pulih paip pecah dijadualkan bermula pada jam 8 malam ini.

Advertisement