Anda di sini

Jejambat terpanjang di Sarawak dibuka tengah malam ini

Advertisement

BINTULU: Jejambat Nyabau, Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB), akan dibuka kepada orang awam bermula pukul 11:59 malam ini (25 Jan), demikian menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak.

Jejambat sepanjang 1.2 kilometer dan terpanjang di Sarawak itu dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri, bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu. 

"Jejambat Nyabau merupakan salah satu jejambat (interchange/flyover) yang terdapat di bawah jajaran seksyen Nyabau iaitu salah satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah WPC10 selain daripada jajaran seksyen Niah dan Bakun," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

 

Para pengguna jalan raya diingatkan untuk berhati-hati apabila menggunakan jejambat ini seperti mematuhi had kelajuan maksima (60 kilometer sejam), tidak melepak atau berhenti di atas jejambat, tidak melakukan vandalisme, berlumba serta berjalan atau berlari (jogging) di atas jejambat berkenaan demi keselamatan semua.

Selain itu katanya, para pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan LPB. 

Advertisement