Anda di sini

Tarian singa dibenarkan sempena Tahun Baru Cina

Advertisement

KUCHING: Tarian singa dibenarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) yang akan disambut pada 1 Februari ini diikuti Chap Goh Mei pada 15 Februari ini.  

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kebenaran ini bagaimanapun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) TBC 2022 yang ditambahbaik. 

Antaranya syarat-syarat yang digariskan dalam SOP TBC 2022 ialah aktiviti tarian singa ini dibenarkan selama empat hari mulai 1 hingga 4 Februari dari jam 6.00 pagi hingga 6 petang. 

Manakala untuk sambutan Chap Goh Mei, tarian singa dibenarkan sehari sahaja iaitu pada 15 Februari dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Gambar arkib Utusan Borneo
Gambar arkib Utusan Borneo

Ahli pasukan tarian singa perlu lengkap divaksinasi termasuk dos penggalak serta melakukan ujian kendiri sekali setiap hari sebelum aktiviti tarian singa. Jumlah ahli pasukan yang terlibat hendaklah tidak melebihi 12 orang dengan maksimum dua ekor singa sahaja pada satu-satu masa. 

Persembahan hanya dibenarkan di kawasan luar ruamh/ rumah ibadat/premis sahaja dan tertakluk kepada permohonan daripada penganjur atau pemilik premis/tuan rumah sahaja.

Dalam pada itu penganjur atau pemilik premis dan tuan rumah bertanggungjawab untuk memastikan ahli pasukan tarian singa mematahui SOP yang telah digariskan. 

Sanitasi perlu dibuat selepas persembahan selesai dan meyediakan kod imbasan MySejahtera atau buku kehadiran. 

JPBNS turut membenarkan jamuan makan bersama ahli keluarga terdekat sahaja di rumah, hotel atau restoran dengan kehadiran 50 peratus kapasiti mengikut saiz tempat. 

Manakala bagi acara sambutan dibenarkan pada hari pertama dan kedua untuk ahli keluarga sahaja tanpa penganjuran rumah terbuka. 

Bagi mereka yang menghadiri upacara sembahyang di rumah ibadat, wajib mematuhi SOP pembukaan rumah ibadat dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). 

Mengenai laporan kes harian COVID-19 di Sarawak hari ini, tujuh kes baharu direkodkan melibatkan kategori satu tidak bergejala. 

Kes tersebut katanya dilaporkan di Subis (3), Kuching (2) dan masing-masing satu di Sarikei dan Sibu. 
 

  • oleh
  • Advertisement