Anda di sini

Bayi lelaki ditemui mati, dipercayai lemas

Advertisement
 

KUCHING: Seorang bayi lelaki meninggal dunia dipercayai lemas selepas ditemui terapung di sungai di Kampung Muara Tebas, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah (gambar) mengesahkan kes tersebut dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan mangsa yang berusia satu tahun itu disedari hilang oleh ibunya dari rumah mereka iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian sekitar jam 6 petang.

Keluarga mangsa kemudian terus mencari mangsa dan menemuinya terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira sejam kemudian.

Dipercayai mangsa terjatuh dari atas jambatan di luar rumah keluarganya dan keadaan air ketika itu sedang pasang.Ibu bapa mangsa kemudian terus mengejarkan mangsa ke Hospital Umum Sarawak selepas itu dan disahkan meninggal dunia.

  • oleh
  • Advertisement