Anda di sini

Usahawan tempatan dipelawa sertai seminar anjuran PUWAS

Advertisement
NASIRUDDIN
NASIRUDDIN

SANDAKAN: Persatuan Usahawan Warisan Negeri Sabah (PUWAS) bakal menghimpunkan seramai 100 usahawan dalam program Seminar Revolusi 100 Usahawan Berjaya Sandakan 2022.

Seminar yang julung kali dianjurkan itu akan diadakan pada 30 Januari depan di daerah ini bermula dari jam 2 hingga 5 petang.

Presiden PUWAS, Datu Nasiruddin Datu Gulam berkata belia di daerah ini dipelawa untuk menyertai seminar tersebut kerana dapat memberikan mereka ilmu pengetahuan berkaitan dengan asas-asas keusahawanan.

Katanya, peluang ini perlu direbut kerana pengisian akan dibuat oleh pakar motivasi dan usahawan tempatan yang sudah memperolehi kejayaan dalam bidang perniagaan iaitu Sudirman Abdul Rahman.

“Saya percaya seminar ini akan membantu lebih ramai usahawan dalam mengembangkan produk mereka kerana pelbagai platform yang akan diajar.

“Selain itu, kita akan melancarkan Halal Mall Apps Online Store iaitu platform untuk usahawan di negeri ini berniaga secara online dan geran digital sebanyak RM5,000 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN),” katanya.

Menurutnya, seminar ini bermatlamat ingin melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang berjaya dengan menggunakan kaedah terkini yang telah disediakan.

“Justeru, PUWAS mempelawa semua usahawan di daerah ini untuk menyertai seminar tersebut bagi meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan perniagaan alaf baharu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement