Anda di sini

SOP Tahun Baru Cina mungkin perlu dikaji semula 

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam waktu terdekat ini akan menentukan sama ada Sarawak akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2022 yang sama di Kuala Lumpur (Majlis Keselamatan Negara) atau menetapkan SOP sendiri.

"Kita akan bincang (mengadakan mesyuarat) mengenai perkara ini dalam waktu terdekat, sama ada kita menerima apa (SOP) yang diguna pakai di Kuala Lumpur atau kita ada SOP sendiri.

"Memang kita sudah mengeluarkan SOP untuk sambutan Tahun Baru Cina (tetapi) ia mungkin perlu dikaji semula sebagai respon kepada beberapa cadangan orang ramai," katanya.

Uggah yang juga Pengerusi JPBNS berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak di sini, hari ini.

Antara SOP sambutan Tahun Baru Cina tahun ini yang dikeluarkan pada 13 Januari 2022 ialah sambutan dibenarkan pada hari pertama sahaja melibatkan keluarga terdekat sahaja.

Manakala rumah terbuka serta aktiviti ziarah dari rumah ke rumah masih belum dibenarkan.

Selain itu, tarian singa atau naga, sambutan di tokong atau tempat awam serta majlis sambutan atau majlis makan anjuran persatuan juga tidak dibenarkan sebagai langkah mengekang jangkitan COVID-19.
 

  • oleh
  • Advertisement