Anda di sini

Rumah di Kampung Ansip terbakar

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah mangsa di Kampung Ansip di sini.
TERBAKAR: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah mangsa di Kampung Ansip di sini.

KENINGAU: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Ansip di sini musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata kejadian jam 7.20 malam itu membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal seluas 36X24 kaki persegi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi sejauh enam kilometer dari jarak balai itu melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 8 malam dan mujurlah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.45 malam.

  • oleh
  • Advertisement