Anda di sini

Robert hargai peranan media

Advertisement
 Robert menunjukkan isyarat 'bagus' semasa merakamkan gambar kenangan bersama media dalam satu program santai yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort.
ALBUM: Robert menunjukkan isyarat 'bagus' semasa merakamkan gambar kenangan bersama media dalam satu program santai yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort.



KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyatakan penghargaannya kepada pengamal media yang sentiasa membantu kerajaan dalam menyampaikan berita kepada rakyat.


Tegasnya, profession kewartawanan sememangnya mencabar justeru beliau berharap para wartawan dapat melaksanakannya dengan baik tanpa mengabaikan aspek-aspek penting dan etika dalam penulisan bagi meningkatkan keyakinan pembaca.


Beliau amat memuji sokongan wartawan terhadapnya terutama yang sentiasa menghebahkan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan di peringkat akar umbi tidak kira sama ada melalui media cetak, media elektronik serta televisyen.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut menyeru kepada para media untuk mengetengahkan kejayaan penduduk kampung yang berjaya dalam bidang pertanian serta pendidikan agar ianya dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada lain untuk sama-sama melakar kecemerlangan.


Katanya, penulisan-penulisan tentang kejayaan juga diyakini dapat memberi dorongan kepada masyarakat lain yang secara tidak langsung mampu mengubah kehidupan kearah yang lebih bersemangat.


Beliau berkata demikian ketika majlis ramah mesra santai bersama Persatuan Wartawan Keningau dan Media Pedalaman di Taman Bandukan Riverside Resort, Keningau, baru-baru ini.


Dalam pada itu, Robert turut berharap wartawan yang baharu berkecimpung dalam bidang itu supaya menghasilkan berita yang berfakta dan bukan mengikut andaian semata-mata bagi mengelakkan kekeliruan.


Jelas beliau, sebaiknya wartawan-wartawan yang baharu perlu mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang berpengalaman bagi memastikan penulisan atau laporan yang dihasilkan tepat dan meyakinkan.


Sempena majlis makan malam itu, para media turut dipersembahkan dengan lagu 'Bingkor Membangun Bersama Rakyat' yang pertama kali dimainkan kepada umum.


Selain itu, Robert turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Wartawan Keningau dan sumbangan kebajikan kepada Gua Ah Siew serta Khairy Abdullah sambil disaksikan oleh Ketua Unit Media dan Publisiti Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik.

  • oleh
  • Advertisement