Anda di sini

Polis Marin rampas rokok, minuman keras bernilai RM292,142 di Serian

Advertisement
Pasukan operasi bersama suspek dan barang rampasan.
Pasukan operasi bersama suspek dan barang rampasan.

SERIAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras disyaki diseludup dianggarkan bernilai RM292,142 pada Selasa.

Difahamkan, satu risikan dilakukan di bawah Op Kontraban oleh Unit Risikan Marin (URM) di sebuah premis di bandar Serian yang dijadikan tempat menjual dan menyimpan rokok serta minuman keras tersebut.

Satu serbuan dilakukan dan hasilnya mendapati pemilik premis gagal mengemukakan sebarang dokumen rasmi berkenaan rokok dan minuman keras berkenaan.

"Kesemua rokok dan minuman keras tersebut disyaki tidak bercukai Kastam dan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM292,142," kata PPM Wilayah 5 menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik mereka.

Tambahnya juga, seramai empat warga tempatan disyaki pemilik dan pekerja di premis tersebut turut ditangkap untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

  • oleh
  • Advertisement