Anda di sini

Pejalan kaki cedera dilanggar motosikal

Advertisement
 Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi kejadian.
RAWAT: Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah motosikal di Jalan Kampung Likas di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata mangsa dilanggar semasa melintas jalan kira-kira jam 1.40 petang.

Menurutnya kejadian itu turut menyebabkan penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.41 petang dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Kedua-dua mangsa berumur 67 dan 20 tahun diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata operasi ditamatkan jam 2.27 petang.

  • oleh
  • Advertisement