Anda di sini

Lelaki nyaris maut kenderaan terbakar

Advertisement
Kenderaan mangsa terbakar seratus peratus setelah terbabit kemalangan kendiri di lampu isyarat Coco Cabana di sini tengah malam tadi.
Kenderaan mangsa terbakar seratus peratus setelah terbabit kemalangan kendiri di lampu isyarat Coco Cabana di sini tengah malam tadi.

MIRI: Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabit kemalangan dan terbakar dalam kejadian yang berlaku di lampu isyarat Coco Cabana di sini tengah malam tadi.

Mangsa yang mengalami kecederaan iaitu patah kaki sebelah kanan berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang melalui tempat kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri Poh Kiong, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.53 tengah malam.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri terdiri daripada tujuh orang dan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Kup Lawing telah bergegas ke lokasi kejadian. 

Setiba di tempat kejadian, pasukan bertugas mendapati sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sedang terbakar seratus peratus. 

"Manakala pemandu kenderaan terbabit iaitu seorang lelaki telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang melalui tempat kejadian. 

"Mangsa yang mengalami kecederaan patah kaki sebelah kanan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) yang turut ke tempat kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu menurut Law, pasukan bertugas telah menggunakan dua aliran saluran bantu dari pili bomba berdekatan untuk memadam kebakaran. 

Api yang marak berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minit sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 1.28 pagi tadi. 

  • oleh
  • Advertisement