Anda di sini

Jalan sesak: Polis trafik kawal lalu lintas di Kota Samarahan

Advertisement
Kesesakan lalu lintas di Kota Samarahan yang dirakam petang Selasa.
Kesesakan lalu lintas di Kota Samarahan yang dirakam petang Selasa.

KUCHING: Anggota polis trafik akan ditempatkan di lima bulatan di sepanjang Jalan Kuching-Samarahan Expressway untuk membantu mengawal aliran trafik di situ.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkata Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dalam usaha mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menempatkan pegawainya di lima bulatan berkenaan bagi mengawal aliran trafik sebagai langkah sementara sehingga kerja-kerja menaik taraf lima bulatan tersebut siap.

JKR Sarawak berkata kerja menaik taraf lima bulatan berkenaan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual asal dan mengalami kelewatan penyiapan projek-projek berkenaan.

Menurutnya kerja-kerja menaik taraf lima bulatan itu bermula 15 Oktober 2020 dan dijangka siap pada 14 Januari tahun ini 2022.

Ekoran masalah itu, JKR Sarawak telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam usaha mencari penyelesaian bagaimanapun projek-projek berkenaan masih tidak dapat disiapkan mengikut jadual, tambahnya.

"Notice of Default telah dikeluarkan secara rasmi kepada kontraktor pada 13 Januari 2022. Sepanjang tempoh pembinaan, penyelenggaraan jalan adalah di bawah tanggungjawab kontraktor dilantik seperti dinyatakan di dalam Kontrak," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun ujarnya, disebabkan masalah dihadapi pengguna jalan tersebut beberapa langkah sementara telah diambil bagi mengatasi isu-isu semasa seperti Penyedia Perkhidmatan mengambil alih kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

"Ketika ini Penyedia Perkhidmatan bekerja sepanjang masa dan sentiasa memantau keadaan jalan bagi memastikan kerja-kerja menampal lubang jalan, jika ada, dilakukan serta merta.

"Bagaimanapun disebabkan keadaan cuaca yang buruk ketika ini, lubang-lubang jalan yang telah ditampal tidak tahan lama. Oleh itu, sebagai penyelesaian jangka sederhana bagi memperbaiki keadaan jalan, permukaan jalan diperkemaskan dengan lapisan premix yang baharu," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement