Anda di sini

Azizah harap SESB dapat menyegerakan pemasangan meter dan penyambungan elektrik ke SMAN Beaufort

Advertisement
 Azizah (tiga kanan) semasa meninjau SMAN Beaufort.
TINJAU: Azizah (tiga kanan) semasa meninjau SMAN Beaufort.



BEAUFORT: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berharap Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dapat menyegerakan pemasangan meter dan penyambungan bekalan elektrik ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Beaufort.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke SMAN Beaufort baru-baru ini bagi melihat sendiri keadaan infrastruktur bangunan berkenaan sekaligus mendapatkan taklimat daripada pihak berkaitan berhubung status terkini sekolah berkenaan.

 Azizah (kiri) ketika meninjau bangunan SMAN Beaufort.
TINJAU: Azizah (kiri) ketika meninjau bangunan SMAN Beaufort.


Sejurus diberikan taklimat semasa lawatan itu, Azizah turut meluangkan masa meninjau beberapa bangunan sekolah termasuk kelas-kelas pelajar bagi melihat kemudahan dan kelengkapan yang disediakan untuk melaksanakan sesi pembelajaran.


Justeru beliau berharap, kerja pemasangan meter dan penyambungan bekalan elektrik dapat dilaksanakan segera bagi memastikan sekolah itu dapat beroperasi sepenuhnya menjelang sesi persekolahan tahun ini pada Mac depan.


"Saya berharap kerja-kerja berkaitan dapat diselesaikan segera sebelum pembukaan sekolah bagi memastikan pengurusan sekolah dapat melaksanakan persiapan yang perlu sebelum sesi persekolahan bermula.


"Dengan adanya sekolah ini, ianya dapat memenuhi permintaan masyarakat Beaufort dan sekitarnya yang sebelum ini terpaksa ditempatkan di Kota Kinabalu yang pada ketika ini agak padat, " katanya.


Turut hadir semasa lawatan itu, Ketua Penolong Pengarah JHEAINS Sabah, Ustaz Rahman Talipudin; Jurutera Projek Pembangunan JHEAINS, Awang Asnawi Jaafar; Pengurus Kawasan SESB Daerah Beaufort, Ibrahim Karim dan Jurutera JKR Daerah Beaufort, Adzizah Akul.

 Azizah (kiri) sedang melihat keadaan asrama SMAN Beaufort.
LENGKAP: Azizah (kiri) sedang melihat keadaan asrama SMAN Beaufort.
  • oleh
  • Advertisement