Anda di sini

101 pelajar dikuarantin di Sandakan

Advertisement
 Pusat Kuarantin yang menempatkan 101 pelajar kontak rapat COVID-19
KUARANTIN: Pusat Kuarantin yang menempatkan 101 pelajar kontak rapat COVID-19

SANDAKAN: Seramai 101 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di daerah ini ditempatkan di pusat kuarantin Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih, selepas menjadi kontak rapat kes COVID-19.

Penyelaras Pusat Kuarantin PPR Batu Putih, Kepten Abdullah Sabaruddin berkata semua pelajar berkenaan dimasukkan ke pusat itu sejak Selasa baru-baru ini.

“Semua pelajar yang baharu ditempatkan di sini adalah penghuni asrama sekolah berkenaan yang terdiri 61 lelaki dan 40 perempuan.

“Kelengkapan di pusat ini juga mencukupi dan pelajar tidak ada masalah samada dari segi kemudahan ataupun makan dan minum selama mereka di sini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Menurutnya, petugas di pusat ini sudah cukup bersedia dan kesiapsiagaan mereka ditahap yang terbaik dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Secara umumnya pusat kuarantin ini memang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak berlakunya penularan wabak.

“Petugas juga sudah terlatih menghadapi kemasukan kontak rapat COVID-19 di pusat ini dan mampu menjalankan tugas menyediakan keperluan asas mereka dengan pematuhan SOP yang ketat,” katanya.

Katanya, sebagai penyelaras memang sangat mementingkan pematuhan SOP yang ketat agar mereka yang dimasukkan di pusat ini dalam keadaan terkawal.

“Kami juga sudah bersedia sekiranya ada lagi kontak rapat yang akan dimasukkan ke sini sehingga memenuhi kouta di pusat ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement