Anda di sini

Sembilan mangsa bot karam berjaya diselamatkan

Advertisement
 Semua mangsa bot karam berjaya disemalatkan oleh pasukan bomba dan orang awam.
KARAM: Semua mangsa bot karam berjaya disemalatkan oleh pasukan bomba dan orang awam.

SEMPORNA: Sembilan individu termasuk lima kanak-kanak mengalami detik cemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan berhadapan Jeti Pelancongan, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua mangsa terbabit dalam perjalanan ke Kampung Bangau-Bangau menggunakan sebuah bot.

Ketua Balai Bomda dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya mendapat laporan daripada pengurus Jeti Pelancongan berkenaan kejadian itu.

“Susulan itu, lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot Kevlar bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, terdapat sembilan mangsa termasuk lima kanak-kanak berpaut pada bot mereka yang sudah terbalik dipercayai dipukul ombak,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini hari ini.

Katanya, pasukan bomba bersama orang awam bertindak menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke daratan.

“Setakat ini belum ada maklumat mangsa diperolehi, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.39 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement