Anda di sini

Parlimen Ranau bantu selenggara jalan rosak Kg. Mampakot - Tinindoi

Advertisement
 Ginsos (tiga kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Benedict.
BANTUAN: Ginsos (tiga kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Benedict.

RANAU: Penduduk kampung Mampakot di sini telah menerima bantuan bagi menyelenggara kemudahan jalan di kampung tersebut yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Bantuan berupa wang tunai itu diberikan oleh Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau untuk membeli peralatan dan bahan-bahan penyelenggaraan.

Jurucakap penduduk, Ginsos Sompingko berkata bantuan dana itu digunakan untuk membaiki jalan Kampung (Kg) Mampakot hingga Kg. Tinindoi yang rosak akibat banjir awal baru-baru ini.

“Kami menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin atas bantuan yang diberikan.

“Saya mewakili penduduk di sini akan menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya dan segera memulakan pembaikan jalan tersebut,” katanya.

Katanya, buat masa ini jalan tersebut tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan menyukar penduduk untuk berurusan dan melakukan aktiviti harian.

“Mujur, kerajaan dan pemimpin di daerah ini sangat prihatin nasib penduduk dengan segera menyalurkan bantuan dana pembaikan jalan tersebut.

“Seluruh penduduk kampung di sini sudah pasti akan menarik nafas lega dengan bantuan tersebut kerana boleh menggunakan jalan raya itu seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, bantuan kewangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda pada Ahad lalu.

  • oleh
  • Advertisement