Anda di sini

Miliki harta curi, lelaki kena dua bulan

Advertisement
 

MIRI: Padah memiliki harta curi, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 16 Disember lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambilkira kepentingan awam. 

Muhammad Amos Azis Leman, 29, dari Tudan di sini didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan curang menyimpan harta curi iaitu dua buah thermos flask, sebuah kipas dinding, sebuah perakam DVD dan sebuah periuk nasi elektrik kepunyaan Balang Besar, 60.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 11 April 2020 di Pertubuhan Orang Cacat Piasau Camp, Jalan Pantai di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement