Anda di sini

WARISAN Papar kukuh, fokus perjuangan asal untuk rakyat

Advertisement
AHMAD
AHMAD

PAPAR: Tindakan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) WARISAN Bahagian Papar yang  meninggalkan parti dengan menyertai bekas Naib Presidennya sudah lama dijangka di peringkat awal lagi.

Ketua Bahagiannya Ahmad Hassan berkata, keputusan tersebut tidak mengejutkan malah WARISAN bahagian Papar bertambah kukuh dengan perkembangan semasa pada ketika ini.

Katanya, Bahagian Papar fokus dengan perjuangan WARISAN untuk memperkasakan mandat rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita sentiasa menyantuni rakyat yang memerlukan diwaktu suka dan duka. Ini kerana perjuangan kami ini bukan bersifat peribadi.

“Setakat ini WARISAN Bahagian Papar masih kukuh dan utuh seperti dulu…Kami akan terus berjuang bersama pucuk pimpinan atasan diketuai Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“WARISAN Bahagian Papar akan sentiasa memperkasakan akar umbi dan memberikan tumpuan kepada perjuangan asal menuntut hak-hak Sabah untuk rakyat Sabah serta fokus kepada mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, Sabtu lalu kehadiran lebih 400 penyokong hadir mendengar amanat Presiden parti menunjukkan keyakinan dan sokongan padu rakyat kepada Warisan. 

"Ini menunjukkan mereka masih kekal bersama-sama kepimpinan parti diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya.

Memyentuh mengenai langkah WARISAN melebarkan sayap perjuangannya ke Semenanjung beliau berkata, WARISAN tetap berada pada landasan asal yang betul sekali gus merupakan inspirasi kepada perjuangan kalangan ahlinya yang setia serta teguh bersama perjuangannya.

“Kita sangat yakin pada yang masih ada pada ketika ini adalah kalangan mereka mempunyai jati diri yang tinggi serta ingin melihat perubahan kepada anak cucu mereka di masa depan,” katanya.

Katanya, matlamat WARISAN melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia adalah sangat bertepatan sekali gus menolak dakwaan yang ditularkan bekas Naib Presiden baru-baru ini.

“Ketika pelancaran WARISAN di Semenanjung, Presiden parti serta barisan pimpinannya akan tetap memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bangsa seperti parti yang disertainya sebelum ini,” katanya.
 

Advertisement