Anda di sini

Suspek dikaitkan dengan pembunuhan presiden Haiti ditahan di Jamaica

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 7 Julai 2021, menunjukkan seorang anggota polis Haiti berdiri di luar rumah presiden di Port-au-Prince, Haiti, selepas Presiden Jovenel Moise dibunuh. — Gambar AFP
BERKAWAL: Gambar fail bertarikh 7 Julai 2021, menunjukkan seorang anggota polis Haiti berdiri di luar rumah presiden di Port-au-Prince, Haiti, selepas Presiden Jovenel Moise dibunuh. — Gambar AFP

ANKARA: Polis Jamaica pada Sabtu menahan seorang suspek yang didakwa merancang pembunuhan bekas Presiden Haiti Jovenel Moise, pada Julai di ibu negara Haiti.

Bekas senator pembangkang Haiti John Joel Joseph ditemui bersama tiga warga Haiti di penempatan luar bandar Jamaica, Agensi Anadolu (AA) memetik laporan media.

Butiran lanjut tidak didedahkan tetapi seorang pegawai kanan polis memberitahu akhbar The Gleaner bahawa pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Polis Negara Haiti pada Julai mengeluarkan waran tangkap tiga suspek dikehendaki bagi dakwaan "pembunuhan, cubaan membunuh dan rompakan bersenjata."

Moise, 53, ditembak mati di kediaman peribadinya di pinggir Port-au-Prince pada 7 Julai. 

Isterinya turut cedera dalam serangan itu.

Berikutan tragedi itu, ketegangan meningkat dalam kalangan kumpulan penjenayah, kekurangan bahan api, kenaikan harga makanan selain kemelut politik dan sosial.

Perdana Menteri Haiti Ariel Henry diserang kumpulan bersenjata di Gonaives pada Januari ketika keluar dari gereja selepas menghadiri upacara keagamaan.

Seorang terbunuh dan dua cedera dalam kejadian tembak-menembak ketika Henry dan rombongannya meninggalkan kariah Saint Charles de Borome. - Bernama

Advertisement