Anda di sini

Lee mahu laporan berhubung status naik taraf bulatan Jalan Expressway Kuching-Samarahan 

Advertisement
Lee ditemui media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Sempena Tahun Baharu Cina, di Jalan Tun Jugah hari ini.
Lee ditemui media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Sempena Tahun Baharu Cina, di Jalan Tun Jugah hari ini.

KUCHING: Rintihan dan rungutan khasnya warga Kota Samarahan yang menghadapi kesesakan Jalan Expressway Kuching-Samarahan mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin. 

Menurut Lee, ini kerana pengguna terpaksa meredah kesesakan itu hingga memakan masa lebih satu jam untuk sampai ke destinasi. 

"Bagaimanapun setakat ini saya belum menerima laporan dan nanti saya akan mendapatkan laporan berhubung status pembinaan Projek Naik Taraf Lima Bulatan di sepanjang jalan terbabit," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Sempena Tahun Baharu Cina, di Jalan Tun Jugah hari ini. 

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu berkata, projek naik taraf di bukatan tersebut melibatkan pembinaan lampu isyarat pintar. 

"Lampu isyarat itu menggunakan teknologi artificial intelligence (kecerdasan buatan) yang mampu mengawal keadaan lalu lintas dengan baik," katanya. 

Terdahulu, projek naik taraf itu dirasmikan pada Oktober 2020 dan dijangka mengambil tempoh 15 bulan untuk disiapkan. 

Advertisement