Anda di sini

Latihan RLI lahir pemimpin berjiwa rakyat

Advertisement
 Philip (duduk tengah) bersama Eliza (duduk, dua kanan) serta tetamu kehormat yang lain.
KENANGAN: Philip (duduk tengah) bersama Eliza (duduk, dua kanan) serta tetamu kehormat yang lain.

KOTA KINABALU: Seramai 20 ahli Kelab Rotary Kota Kinabalu akan memberikan perkhidmatan kepada komuniti setempat selepas tamat latihan bersama Institut Kepimpinan Rotary (RLI) kelmarin.

Pengerusi District RLI 3310 Philip Chong berkata, kursus itu merupakan latihan pertama dilakukan secara maya ketika pasca COVID-19.

"Terdapat 55 peserta kesemuanya dari seluruh negeri termasuk ahli dari kawasan Pantai Timur. Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, hanya 20 ahli dibenarkan hadir secara bersemuka.

"Sebelum pandemik COVID-19, kursus ini hanya mengambil masa dua hari saja, tetapi disebabkan dilakukan secara maya, lima minggu diperlukan untuk menamatkan latihan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, semua peserta telah menamatkan kursus dengan jayanya kelmarin.

Katanya, kursus diadakan bagi mengasah kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk kerja-kerja amal dan perkhidmatan komuniti dari segi pengurusan, perancangan dan pelaksanaan ketika membantu mereka memerlukan.

"Saya berharap mereka mampu berkhidmat dengan lebih baik kepada komuniti dan terus memperkasakan kemahiran kepimpinan dengan ilmu pengetahuan," katanya.

Hadir sama ialah Mantan Presiden Kelab Rotary Pearl Kapitan Eliza Goh.
 

  • oleh
  • Advertisement