Anda di sini

Kelab Muaythai Rentap juara keseluruhan Sarawak Muaythai Virtual Championship 

Advertisement
Sebahagian daripada aksi para peserta yang mengambil bahagian.
Sebahagian daripada aksi para peserta yang mengambil bahagian.

KUCHING: Kelab Muaythai Rentap dinobatkan juara keseluruhan Sarawak Muaythai Virtual Championship (SMVC) 2021. 

Keputusan sebulat suara itu diputuskan pihak penganjur, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) selepas berakhir edisi ketiga kejohanan itu pada penghujung tahun lepas dengan kiraan markah untuk juara keseluruhan diambil kira dari SMVC Siri 1, Siri 2 dan Siri 3 termasuk perlawanan Grand Final. 

Edisi diadakan dari 1 hingga 24 Disember 2021 menyaksikan atlet Kelab Muathai Rentap memenangi beberapa kategori dipertandingkan. 

Muhd Mikail memenangi kategori perlawanan akhir Shadow Box kategori Lelaki 9-12 Tahun manakala Peter Alexzender dari D-30 di tempat kedua. 

Kelab itu turut mengungguli kedudukan satu dan dua kategori Shadow Box Lelaki 13-17 Tahun menerusi Muhd Johan dan Texas. 

Sementara itu, Maurine Hii dari D-30 memenangi acara Shadow Box wanita 18-40 tahun disusuli Dolphina Walter Tony dari Kelab Muaythai Rentap. 

Kategori Shadow Box Lelaki 18-40 tahun pula dirangkul Jordan dari Kelab Bau dengan Ayu Addyqa dari MTK di tempat kedua. 

Dalam acara Wai Kru lelaki 9-12 Tahun, atlet D-30 Miri, Dylan Casey muncul johan manakala rakan sepasukannya, Damian Casey di tempat kedua. 

Kategori Heavy Bag lelaki 13-17 tahun pula diungguli Matthews Hii dari D-30 Miri dengan Hasbullah dari Phoenix Meranek di tempat kedua. 

D-30 Miri turut cemerlang apabila menggondol semua kedudukan dalam kategori Heavy Bag Wanita 18-40 Tahun menerusi Maurine Hii, Wong Siew Sun, Lee Kah Men dan Jasmine Lee. 

Manakala kategori Heavy Bag Lelaki 18-40 Tahun dimenangi Abdul Hakim dari Phoenix Meranek, rakannya Zulfikar di tempat kedua manakala Iswandi dan Lu Yi dari D-30 berkongsi tempat ketiga. 

Keputusan lain termasuk juara milik Bryan Anderson dari Bau Muaythai Club untuk kategori Shadow Lelaki 13-17 tahun dan Zulfiqar Salim dari Phoenix Meranek menjuarai kategori Shadow Box lelaki 18-40 Tahun. 

Menurut Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim, penganjuran kejohanan tersebut adalah satu usaha PMNS untuk membangkitkan semangat anak-anak Muay Sarawak yang telah lama terpendam kerana pandemic Covid-19. 

“Insya-Allah, dengan kejohanan tersebut, PMNS boleh mencetus semula semangat anak-ana muay Sarawak dalam menghadapi Sukma 2020 yang dijangka dilangsungkan pada tahun ini (2022) di Kuala Lumpur. 

“Pada masa yang sama, PMNS akan berusaha untuk mengadakan seberapa banyak kejohanan muay di Kuching mahupun di luar Kuching sepanjang 2022 dan juga menyertai kejohanan muay di luar Sarawak bagi mempersiapkan atlet negeri untuk menghadapi apa jua kejohanan selepas ini,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau dalam pada itu menegaskan segala perancangan PMNS tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan bantuan pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS). 

Jelasnya, penghargaan amat ditujukan terhadap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah atas sokongan berterusan terhadap semua program anjuran PMNS. 

Secara keseluruhan, lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam tiga edisi kejohanan tersebut. 

  • oleh
  • Advertisement