Anda di sini

Kanak-kanak lemas di Pitas belum ditemukan

Advertisement
 Pasukan penyelamat bersiap sedia menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.
OPERASI: Pasukan penyelamat bersiap sedia menjalankan operasi SAR di lokasi kejadian.

PITAS: Kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Bengkoka Jalan Hapseng-Kampung Mangkabusu di sini sejak semalam masih belum ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata, setakat jam 4 petang ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Katanya, mangsa yang berumur 12 tahun itu dipercayai lemas ketika berkelah bersama keluarga di tepi sungai terbabit kira-kira jam 2 petang.

"Ahli keluarga mangsa tidak mengetahui bagaimana kanak-kanak terbabit yang juga penghidap sakit talasemia boleh masuk ke dalam sungai.

"Mereka hanya menyedari kehilangannya selepas mangsa tidak kelihatan di kawasan tepi sungai berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR hari kedua dijalankan bermula jam 7.16 pagi melibatkan jarak kawasan sekitar tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang

Menurutnya, keadaan air sungai terbabit juga agak berarus semasa operasi SAR dijalankan.
 

  • oleh
  • Advertisement