Anda di sini

Jasnih turun padang bertemu pemimpin tempatan

Advertisement
 Para rombongan merakamkan gambar kenangan ketika lawatan ke Gereja St. John Tuaran.
KENANGAN: Para rombongan merakamkan gambar kenangan ketika lawatan ke Gereja St. John Tuaran.

TUARAN: Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Jasnih Daya bersama rombongan telah hadir ke Dewan Gereja St. John Tuaran.

Beliau mengadakan kunjungan dan sarapan bersama Rektor Gereja, Rev. Father Edward Raymond bersama para wakil-wakil serta umat Gereja St. John Tuaran.

Jasni turut berkesempatan beramah mesra dan mengagihkan sarapan pagi buat semua umat yang hadir. 

Selepas itu, Jasnih bersama rombongan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Dalit turut berjumpa dengan beberapa pemimpin masyarakat kaum Tionghua Tuaran di Tokong Cina daerah berkenaan.

Perjumpaan bertujuan bagi membincangkan keadaan isu-isu semasa dan kedatangan perayaan Tahun Baharu Cina 2022.

"Semoga perpaduan berbilang bangsa di Sabah sentiasa terjamin dan terpelihara demi kestabilan ekonomi serta sosial bersama," katanya.

  • oleh
  • Advertisement