Anda di sini

Curi jet air, lelaki kena tujuh bulan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah jet air (water jet), September 2020.

Majistret Zaiton Anuar memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Taib Jamel, 34, untuk dikuatkuasakan hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sebuah jet air milik seorang lelaki berusia 47 tahun dalam satu kejadian pada 3 September 2020, di hadapan sebuah kedai di Jalan Sultan Tengah, di sini, jam lebih kurang 4 petang.

Berdasarkan keterangan kes, mangsa menyedari jet air miliknya yang diletakkan di belakang kereta pacuan empat roda telah hilang.

Anggaran kerugian dilaporkan berjumlah RM600.

Susulan itu, laporan polis dibuat dan hasil maklumat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh mencuri barang tersebut dan menjualnya kepada seorang kawan lain dengan harga RM250. 

Oleh itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

  • oleh
  • Advertisement