Anda di sini

Anjing gonggong potongan kaki pesakit diabetes, kejutkan pekerja kilang

Advertisement
Polis melakukan siasatan ke kilang barang lusuh di sini. 
Polis melakukan siasatan ke kilang barang lusuh di sini. 

SIBU: Pekerja kilang barang lusuh di Bukit Lima terkejut melihat seekor anjing menggonggong kaki manusia masuk ke dalam kawasan kilang, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat berkata, sekitar jam 8 pagi, pengadu dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa anjing peliharaannya menggongong sesuatu menyerupai kaki manusia (paras buku lali hingga tapak kaki) yang tidak diketahui milik siapa masuk ke dalam kawasan kilang. 

“Bantuan Unit K9 telah digunakan menjumpai kotak dan beberapa bungkusan plastik serta helaian kertas tertera nama pesakit berumur 70-an, kira-kira 70 meter jarak dari kilang,” jelasnya menerusi satu kenyataan, sebentar tadi. 

Menurutnya, semakan dengan pihak Forensik Hospital Sibu mengesahkan telah menyerahkan dua kaki milik pesakit kencing manis yang telah dipotong kepada waris keluarga pada hujung bulan Disember 2021 dan pertengahan Januari 2022. 

“Lokasi kaki ditanam di atas bukit tanah perkuburan Cina telah dijumpai dan diperiksa. Terdapat lubang dan kesan tapak kaki anjing, dipercayai dikorek oleh anjing tersebut, kira-kira 130 meter jarak dari kilang,” ujarnya. 

Katanya, pesakit yang dipotong kaki telah dikenal pasti dan masih ditahan di wad Hospital Sibu, akan dibuat ujian perbandingan DNA untuk pengesahan. 

“Kaki yang dijumpai telah dirampas dan diserah di Bilik Mayat, Unit Forensik Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut. Sampel DNA akan dihantar ke Jabatan Kimia Kuching untuk perbandingan,” ujarnya. 

  • oleh
  • Advertisement