Anda di sini

108 pesakit COVID-19 sembuh

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Seramai 108 pesakit COVID-19 sembuh pada 16 Jan 2022 menjadikan jumlah kumulatif 236,443 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, bagaimanapun masih terdapat 761 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 413 orang di hospital, 340 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara
(PTS) atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta.

"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 32 orang merangkumi 28 di Unit Rawatan Rapi serta empat di open ward.

"Sembilan orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 orang.

Sementara itu katanya, penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 15 Januari 2022 adalah seramai 7,426 orang.

"Daripada jumlah ini, seramai 7,375 orang adalah penduduk dewasa dan 51 orang adalah penduduk remaja.

"Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 15 Januari 2022 adalah seramai 2,452,510 orang. Ini meliputi 2,115,606 orang penduduk dewasa," katanya.

Manakala katanya, bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,408,124 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,095,835 orang adalah penduduk dewasa.

Menurutnya, seramai 336,904 orang penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 312,289 orang setakat ini.
 

  • oleh
  • Advertisement