Anda di sini

TDC SUPP diadakan pada hujung Mei ini

Advertisement
Dr Sim bersama Sebastian dan Tiang pada sidang media selepas persidangan perwakilan tahunan SUPP 2021 hari ini.
Dr Sim bersama Sebastian dan Tiang pada sidang media selepas persidangan perwakilan tahunan SUPP 2021 hari ini.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menyaksikan pemilihan semula pemegang jawatan dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti yang dijangka diadakan pada 21 hingga 22 Mei tahun ini.

Presidennya, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata parti itu sepatutnya mengadakan TDC tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

"Perwakilan parti kita akan memilih presiden, setiausaha agung dan semua jawatan tertinggi lain dalam TDC yang akan datang pada 21 hingga 22 Mei 2022.

“Sementara, pemilihan di peringkat cawangan akan diadakan antara 8 dan 30 April, dan bahagian Pemuda serta Wanita pula akan mengadakan pemilihan masing-masing pada 19 dan 20 Mei,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan perwakilan tahunan parti 2021 di  ibu pejabat SUPP di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting dan Ketua Pemuda Michael Tiang.

Menurut Dr Sim, persidangan perwakilan tahunan ini mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi dalam sejarah dengan 278 perwakilan.

Katanya, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan kita (SUPP) mengadakan persidangan selepas pilihan raya, tetapi mesti diadakan sebelum 31 Januari.

“Kita mempunyai persidangan yang sangat baik dan semua orang sangat bersemangat," kata Dr Sim yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Beliau dalam pada itu menzahirkan rasa gembira kerana dapat mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan perwakilan parti dari seluruh negeri.

"Kita terlepas beberapa (perwakilan) disebabkan COVID-19. Saya sangat gembira berjumpa dengan mereka meskipun suasana tidak semeriah sebelum ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement