Anda di sini

SOGDC hargai tindakan pantas polis

Advertisement
MOHD AZMAN
MOHD AZMAN

KOTA KINABALU:  Syarikat Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) menghargai tindakan pihak polis yang pantas menyelesaikan melibatkan kes penipuan.

Pengurus Perhubungan Awam SOGDC Mohd Azman Lajim berkata, kes penipuan berkenaan berkaitan dengan tawaran projek jutaan ringgit yang membabitkan projek penukaran lampu jalan LED seluruh sabah dan projek pembersihan Taman serta pembinaan bangunan di Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP). 

"Pihak kami SOGDC iaitu syarikat yang bertanggungjawab ke atas SOGIP mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas dengan tindakan pantas pihak polis yang berjaya menyelasaikan kes ini dengan tertangkapnya suspek.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya di mana pihak kami tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengaitkan dengan pihak syarikat berkenaan dengan projek yang disebutkan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, SOGDC juga berharap kepada semua pihak agar dapat menghubungi syarikat berkenaan terlebih dahulu jika ada mana-mana individu yang cuba menawarkan sebarang projek berkaitan di SOGIP.
 

  • oleh
  • Advertisement