Anda di sini

Peniaga Medan Selera MPKS Unigarden kini lebih selesa cari rezeki

Advertisement
Hamzah melawat dan beramah mesra bersama-sama peniaga dan pengunjung di Medan Selera MPKS Unigarden, di sini malam Sabtu.
Hamzah melawat dan beramah mesra bersama-sama peniaga dan pengunjung di Medan Selera MPKS Unigarden, di sini malam Sabtu.

KOTA SAMARAHAN: Seramai 32 peniaga dan usahawan di sini teruja dan bersemangat apabila mendapat gerai baharu (kiosk) untuk meneruskan perniagaan di Medan Selera Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Unigarden di sini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim ketika majlis penyerahan kunci Medan Selera MPKS Unigarden itu berkata, usaha ini dilaksanakan supaya keadaan di kawasan medan itu lebih bersih dan tersusun. 

"Selain itu juga, ia sekali gus memudahkan urusan peniaga berbanding sebelum ini hanya menggunakan kanopi," katanya. 

Jelas Hamzah, kawasan medan selera itu sebelum ini menggunakan konsep sebagai pasar malam, namun konsep itu tidak berjaya. 

"Ia bagaimanapun ditukarkan kepada konsep medan selera bagi mengembangkan perniagaan menerusi pelbagai jenis jualan makanan dan minuman. 

"Sehubungan itu, melalui konsep perniagaan seperti ini ia menarik minat penduduk untuk menjamu selera sekali gus memberi peluang kepada peniaga mengembangkan perniagaan mereka," tambahnya. 

Terdahulu, Hamzah tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan beramah mesra bersama-sama peniaga dan pengunjung yang hadir di medan tersebut. 

Hadir sama Pengerusi MPKS Dato Peter Minos. 
 

  • oleh
  • Advertisement