Anda di sini

Lelaki maut ketika mendaki di Bukit Panchang

Advertisement
 Mangsa ditemukan sudah tidak sedarkan diri dan disahkan maut sebelum diturunkan daripada bukit berkenaan.
MAUT: Mangsa ditemukan sudah tidak sedarkan diri dan disahkan maut sebelum diturunkan daripada bukit berkenaan.

TAWAU: Seorang lelaki jatuh pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Panchang, di sini kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 petang.

Katanya, susulan itu seramai tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Pasukan bomba dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa berjalan kaki sejauh 3 kilometer ke lokasi mangsa dilaporkan pengsan.

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati mangsa yang berumur 43 tahun tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

 Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi membawa turun mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Besar Tawau.

“Usaha menurunkan mayat mangsa ke kaki bukit mengambil masa kira-kira empat jam dan operasi ditamatkan pada jam 11 malam.

“Kes tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement