Anda di sini

Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai

Advertisement
 Lokasi dipercayai kanak-kanak terbabit mandi dan lemas.
LEMAS: Lokasi dipercayai kanak-kanak terbabit mandi dan lemas.

BELURAN: Seorang kanak-kanak dipercayai lemas ketika mandi sungai berhampiran sebuah ladang, di sini pada Sabtu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu oleh pasukan BBP Sandakan dan pasukan Unit Pengesan K9 daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

“Sebaik tiba, pasukan penyelamat difahamkan mangsa kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun lemas ketika mandi di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula hari pertama mangsa dilaporkan hilang.

“Setakat hari kedua operasi SAR dilakukan belum ada lagi sebarang petunjuk penemuan kanak-kanak tersebut.

“Pasukan penyelamat masih terus menjalankan operasi SAR dan maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement