Anda di sini

JKM Sarawak sedia hadapi bencana banjir

Advertisement
Fatimah meninjau bilik jahitan semasa lawatan kerja ke PDK Miri di PIBAKIS, Lutong semalam, kelihatan sama Noriah (dua kiri).
Fatimah meninjau bilik jahitan semasa lawatan kerja ke PDK Miri di PIBAKIS, Lutong semalam, kelihatan sama Noriah (dua kiri).

MIRI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menambah stok makanan dan keperluan harian sebagai langkah meningkatkan persediaan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana banjir.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain itu sebanyak 23 buah pangkalan hadapan (PH) bencana dibuka.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak enam disediakan di Kuching, Miri (8), Mukah (2), Bintulu (3), Sri Aman, Betong, Sarikei dan Kapit masing-masing (1).

Selain itu, sebanyak 631 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang boleh menempatkan seramai 188,360 mangsa bencana sudah disediakan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 155 PPS disediakan di bahagian Kuching, Miri (95), Sri Aman (59) dan Samarahan (50).”

“Manakala bahagian lain Serian (43), Betong (34), Sibu (48), Mukah (36), Sarikei (31), Bintulu (27), Kapit (28) dan Limbang (25),” katanya semasa lawatan kerja ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri di Lutong pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah JKM Sarawak Noriah Ahmad.

Di samping itu, sebanyak 387 buah pembekal (makanan kering dan bermasak) juga telah dikenal pasti. 

Katanya, makanan bermasak akan diberikan kepada mangsa yang berpindah ke PPS dan makanan kering akan disediakan kepada mangsa yang tidak berpindah namun terputus hubungan.

Fatimah menambah, sehingga kini, JKMS mempunyai sebuah Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana Utama di Samarahan dan tiga mini depoh masing-masing di Miri, Kuching dan Samarahan.

“Permohonan juga telah dilakukan bagi penambahan Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana di bahagian Sibu dan Miri manakala enam lagi mini depoh dicadangkan untuk diletakkan di Sri Aman, Dalat, Bintulu, Miri-Beluru, Limbang dan Kapit,” katanya.

Manakala di Miri, sebanyak lapan PH ditubuhkan iaitu di Long Bemang, Long Ikang (Daerah Telang Usan), Long Teran Kiri, Long Teran Kanan, Long Loyang dan Long Jegan (Daerah Beluru) dan Long Iman dan Mulu (Daerah Marudi).

Bagi PPS, ia melibatkan sebanyak 29 sekolah manakala 66 buah lagi termasuk dewan, balai raya dan pusat komuniti.

“Bahagian Miri mempunyai sebuah sebuah Mini Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana yang terletak di kawasan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.”

Fatimah berkata, JKMS juga memohon untuk membina depoh di di Miri dan sebuah mini depoh di kawasan Miri-Beluru.
 

  • oleh
  • Advertisement