Anda di sini

GRS platform agenda kebangkitan rakyat Sabah

Advertisement
KHAIRUL
KHAIRUL

KOTA KINABALU: Panggilan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu entiti badan gabungan politik makin kuat dalam kalangan rakyat Sabah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Khairul Firdaus Akbar berkata, aspirasi dan harapan rakyat wajar diterjemahkan untuk menjamin masa depan negeri dan rakyat Sabah yang lebih baik.

“Barisan kepimpinan yang ada di bawah kerajaan GRS diyakini mampu untuk membawa negeri Sabah ke mercu kejayaan.

“Masanya sudah tiba untuk para pemimpin Sabah bersatu padu dalam memastikan agenda kemajuan dan kejayaan dapat dilaksanakan di bawah payung GRS.

“Perkara-perkara yang menghalang untuk Sabah menjadi sebuah negeri yang maju pastinya dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan baik jika pemimpin-pemimpin di negeri ini dapat bersatu hati di wadah perjuangan GRS.

“Suara kita seharusnya wajib didengar dengan jelas dan tegas oleh kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Khairul berkata, keberanian dan kejujuran dalam kalangan kepimpinan mesti wujud untuk melangsungkan agenda perjuangan Sabah yang setelah sekian lama ketinggalan dari segi pembangunan.

“Keadaan politik di Semenanjung yang seakan akan tiada kesudahan, memangkin lagi perlunya untuk pemimpin-pemimpin Sabah mencorak hala tuju dengan berlandaskan kepentingan rakyat Sabah secara tuntas.

“BERSATU Sabah cukup yakin dan percaya masa depan rakyat Sabah harus dicorak oleh kepimpinan negeri sendiri dan seterusnya juga bernaung di bawah payung GRS,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement